Side hustle · Kalkulator percuma

Side hustle
jangan murah.

Bos bayar OT 1.5 kali. Kenapa kau jual malam dan hujung minggu kau lebih murah dari gaji office?

Gaji sejam–
Kadar OT–
Side hustle kau–

Cuba kalkulator penuh dulu (percuma) →

Gaji sejam = gaji ÷ 176 jam. Kadar OT = 1.5 kali gaji sejam. Anggaran sahaja.

Office Supreme Court · Kes Side Hustle

Kawan office minta design logo free, "sebab kita kan geng." Bersalah?
Keputusan mahkamah

Geng tetap geng, tapi logo tu 10 jam kerja kau. Bagi harga geng kalau nak, tapi tulis skop dan minta deposit. Kerja percuma tanpa had ialah cara paling cepat untuk benci side hustle sendiri.

Undi di TikTok →

Survive dua-dua kerja

4 peraturan side hustle.

1

Semak kontrak kerja

Cari klausa konflik kepentingan atau larangan kerja sampingan. Kalau ada, minta kebenaran bertulis dulu.

2

Asingkan masa & alat office

Jangan buat side hustle dalam waktu pejabat atau guna laptop syarikat. Itu boleh jadi isu disiplin.

3

Caj macam OT

Masa malam dan hujung minggu kau lebih mahal dari waktu pejabat. Jangan jual lebih murah dari kadar OT.

4

Isytihar dalam Borang B

Side income ialah pendapatan perniagaan. Bila ada, isi Borang B (bukan BE), simpan resit, dan asingkan duit untuk cukai.

Produk Krukita Group

Cukup Kira

Satu tempat untuk side hustle kau nampak profesional, dari harga sampai cukai. Juga untuk freelancer dan peniaga sepenuh masa.

  • Kira harga ikut gaji, masa dan kos sebenar, dengan harga minimum yang jangan diturunkan
  • Sebut harga dengan link: klien tekan Terima, kau terus tukar jadi invois
  • Rekod deposit, baki dan belanja, siap dengan gambar resit
  • Untung rugi bulanan, dan anggaran cukai yang kira gaji, PCB dan side income sekali

Untuk geng Office Survivor

SURVIVOR3

3 bulan Cukup Kira Pro, percuma. Daftar dengan email, kemudian masukkan kod ni di halaman Langganan.

Guna kod sekarang

Satu kali setiap akaun. Sah hingga 31 Dis 2027.

Soalan biasa

Cukup Kira tu apa kaitan dengan Office Survivor?

Dua-dua produk Krukita Group. Office Survivor bantu kau di office, Cukup Kira bantu side hustle atau bisnes kau dibayar dengan harga yang patut.

Aku freelancer full-time, boleh guna?

Boleh. Tukar ke mod "Freelancer / bisnes" dalam kalkulator, dan kadar minimum akan dikira ikut sasaran pendapatan kau.

Kenapa ikut kadar OT?

Masa lepas kerja ialah masa rehat dan masa keluarga. Majikan pun bayar lebih untuk masa tu. Kadar OT ialah lantai yang munasabah, bukan siling.

Kalkulator ni simpan data aku?

Kalkulator di halaman ni tak hantar apa-apa ke mana-mana. Nombor kau kekal dalam browser.