Notis Privasi
Versi ringkas, bahasa manusia. Dikemas kini 1 Oktober 2026.
Siapa kami
OfficeSurvivorMY (@officesurvivor_my) dikendalikan oleh Krukita Group & Innovation Ventures. Notis ini ikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data apa kami simpan
- Email kau
- Negeri yang kau pilih dalam planner
- Masa kau beri persetujuan
- Cincangan (hash) alamat IP — hanya untuk sekat spam, tak boleh dibaca balik jadi IP
Kami tak minta nama, nombor telefon atau maklumat kewangan.
Untuk apa
- Hantar strategi cuti negeri kau dan reminder sebelum peluang cuti
- Hantar tips ofis dan tawaran produk OfficeSurvivorMY (kalau kau setuju)
Kami tak jual email kau kepada sesiapa.
Siapa lagi yang proses data
Cloudflare (hosting & pangkalan data) dan Resend (penghantaran email). Data mungkin diproses di luar Malaysia oleh penyedia ini.
Berapa lama
Selagi kau melanggan. Bila kau berhenti langgan, kami berhenti hantar email serta-merta dan padam rekod bila diminta.
Hak kau
Kau boleh berhenti langgan melalui link di bawah setiap email, atau minta akses, pembetulan atau pemadaman data dengan email ke [email protected].